Sistem ELIB 

ELIB ialah perpustakaan digital holistik yang menyediakan kemudahan dalam sistem pengurusan untuk pustakawan dan membolehkan pengguna meminjam bahan bacaan daripada koleksi lebih daripada ribuan kandungan media digital seperti e-buku, audio dan fail video, surat khabar dan majalah elektronik tanpa diganggu oleh kekangan masa dan tempat.

CONSUL: CONTENT MANAGEMENT SOLUTION

CONSOL ialah satu sistem yang dibangunkan khusus untuk organisasi awam dan swasta bagi mendigitalkan kontens secara holistik merangkumi dokumen syarikat, ,laporan tahunan surat menyurat, pekeliling, buletin, bahan promosi, bahan arkib dan bahan penerbitan lain untuk kemudahan akses oleh kumpulan sasaran dan capaian maklumat daripada multi sumber serta simpanan rekod yang efisien.

PSS21: Perpustakaan Abad ke 21

PSS21 ialah sebuah idea menaiktaraf  model perpustakaan tradisional sekolah kepada konsep perpustakaan futuristik yang menawarkan akses kepada buku dalam segala bentuk dan format, dilengkapi dengan teknologi moden untuk memenuhi tujuan perpustakaan sebagai  sebuah hab pembelajaran yang menyokong pembelajaran abad ke-21.